Khamis, 5 April 2012

Anwar 6 tahun

 No 3 wakil sekolah peringkat Putrajaya dalam hafazan. Selepas pertandingan ini Anwar wakil sekolah pertandingan gigi cantik. Dua orang je yang wakil Putrajaya dari semua sekolah yang ada... Kiranya gigi jagung Anwar ni laku la juga!

 Graduasi terakhir versi tadika


 Kenangan mendapat Anugerah kategori Murid Cemerlang (2011)

 Dengan kawan-kawan

 Bersama-sama Ustazah Asmaniza dan Cikgu Siti
Ya Allah, masukkan cikgu Anwar dalam syurga....

Kenangan terakhir Prasekolah Putrajaya 9(2)- 2011

Sabtu, 24 Mac 2012

Nostalgia Anwar Zakuan

Anwar nak simpan gambar-gambar masa kecik ... 
Tak boleh minat dengan Anwar sebab Anwar masih kecil!
4 April 2005 tarikh lahir Anwar. Anwar lahir kat klinik je... Ummi kata dia dah malas nk beranak dekat hospital...orang ramai dan leceh! nasib baik Anwar tak de apa-apa masalah masa lahir.. Allah selamatkan ummi..


Ni beberapa minit sebelum Anwar lahir.. Ummi sempat suruh abah ambil gambar. Macam tak takut je ummi ni...oh ye...Anwar kan anak ke 3, mesti ummi dah biasa..

Bersalin kat klinik swasta selesa sikit . Tak ramai orang dan Anwar je yg bersalin kat situ..nurse2 semua jaga anwar sorang2... ummi juga yg rilek! tido je sepanjang malam...Anwar tak kacau..

 Bila Anwar belek gambar masa kecil, anwar punya muka tak sama dengan abang dengan kakak. Mata anwar bulat! macam abah la tuu..hehehee
Jangan ketawakan Anwar!! ni masa botak... Sama mcm muka Ahmad Husam! Adik no 5.. Ummi cakap Anwar tak banyak ragam mase kecik..tapi makin banyak ragam bila dah pandai cakap.. Buyot cakap tu tanda budak pandai! ye la tuu...


Inilah gambar henem Anwar!! Tapi sekarang dah hitam dah.... Abah kata rambut anwar lepas bercukur tak tumbuh bahagian belakang...rambut atas je yang ada.. macam ultraman la tuu...ishk3!
 Gambar ni Anwar suka sebab kolam ni atok buat untuk cucu-cucunya. Tapi akhirnya dah jadi kolam ikan!
 Anwar mula sekolah tadika masa umur 4 tahun. Mula-mula semangat nak sekolah.. tapi sebulan aje! Umur 5 tahun sambung sekolah balik....hehehe...ingatkan best sekolah ni...rupanya penat! anwar suka pergi kantin je...beli jajan...main dengan kawan...yang lain tu biasa je...

masa 5 tahun tamat juga belajarnya.. dapatlah sikit2 ilmu. Terima Kasih ye cikgu...

Assalamualaikum kawan!

Tak sangka akhirnya saya ada blog sendiri! 
Untuk simpan koleksi kenangan je....
Siapa nak baca, bacalah....
tak nak baca, jangan nak mengata ye..

Terima Kasih...